Hamutaro

Followers

Cuti Sekolah

Assalamualaikum.
errr...errmmm.... hai, apa khabar? lama aku tak bukak blog aku nie. okay, hari nie aku nak cerita pasal cuti sekolah (2012). tak banyak yang menarik cuti sekolah kali nie. tapi, alhamdulillah adalah jugak jalan2.baru2 nie aku balik kampung. memang seronok. dapat jumpa cousin, borak2 dgn cousin, main, lepak, merempit, dapat jumpa budak comel and macam2 lah. kalau nak cerita satu2 panjang sangat. nie kampung belah ayah. aku rapat dengan dua orang cousin aku. pertama nama dia Nur Hazwani umur 14 tahun (2012). yang nie sama baya dengan aku. sorang lagi nama dia Nur Hidayah umur 16 tahun (2012). diaorang adik beradik. haha. dengan diaorang lah aku lepak, borak2, gaduh, gosip (kadang2 je!) kalau merempit abang aku (yang kedua) akan join sekali. sebab aku tak berani nak bawak motor. jadinya yang bawak motor abang aku and dayah je.aku dengan wani bonceng dekat belakang. haha. macam tu lah kebiasaannya. esok (27/12/2012)  dayah nak hang out dengan geng dia. mesti dia tidur awal kan? baru ingat nak sembang dengan dia malam nie. aku rindu diaorang. hurrmm :( kalau dapat jumpa mesti kitaorang jadi gila2. haha. setiap masa ada je rancangan kitaorang. kadang2 jadi, kadang2 tak jadi plan kitaorang. aku, wani dengan adik aku suka sakat dayah. haha. dayah minat sangat dengan nubhan. apa yang hensemnya aku pun tak tahu. wani pulak setahu aku lah, dia biasa2 je. sempoi~ haha. kadang2 garang. takut aku. haha. tapi dia baik. aku dengan wani suka jugak buli dayah (kadang2). haha. btw memang seronok dapat cousin macam diaorang. sayang korang sampai bila2. errrmm.. nak letak gambar diaorang, tapi tak de lah pulak. *muka sedih* tak pe, nanti dah ada aku letak. hehe..
okay lah nak tengok tv sekejap lepas tu nak tidur. haha. good nite. assalamualaikum. ada masa kita berjumpa lagi, in sha allah. :D 
eh ! sebelum tu, DAYAH ! ingat tak kau kene panggil dinding dengan kitaorang? haha. time tu memang seronok!

Permainan Warisan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya Nur Husna Binti Razak, dari kelas 2 Bahasa Arab.Kali ini saya nak post tentang WARISAN KEPELBAGAIAN BUDAYA KAUM. Warisan kepelbagaian budaya kaum ada banyak katagori, antaranya ialah warisan alat muzik, warisan tarian, warisan kraftangan, permainan warisan dan macam-macam lagi. Saya ingin buat tajuk Permainan Warisan. Permainan yang ingin saya buat ialah Permainan Gasing dan Konda Kondi.


PERMAINAN GASING
PENGENALAN


Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kamak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.






CARA BERMAIN PERMAINAN GASING
 

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah dan gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing. 
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. 
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambulnya direnggut.

KONDA KONDI


Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.


Permainan Pertama
Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.

Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.


  Permainan Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.

Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.




Permainan Ketiga
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

Sekian sahaja entry saya kali ini. Harap suka :) Assalamualaikum. 

Happy Birthday to You ;)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . haha . aku malas lah nak berkias-kias . aku nak terus cakap HAPPY BIRTHDAY dekat tuan empunya badan yang bernama NURAIN AQILAH BINTI SHAMSUDDIN . Dia kawan yang terbaik wwwooooo ... haha . Dia seorang yang baik , peramah ( yang dia kenal je ) , rajin and sifat paling husna suka , dia kreatif . Serious kalau dia buat satu benda tu cantik , aku rasa jealouse sangat . haha . okay bufday dia 8/8/1998 . tapi baru sekarang aku nak update blog . Sorry weyh , aku busy ouh minggu lepas . Ermm , apa lagi ek nak cakap . Ha ! segan ah nak naynyi . suara aku tak sedap . tak pe lah , demi kau aku nyanyi jugak .

Allah selamatkan kamu ,
Allah selamatkan kamu ,
Allah selamatkan Aien ,
Allah selamatkan kamu .

Haha , semoga kau dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki , diberkati Allah , dapat kejayaan yang cemerlang , dan diampunkan dosa . nak taip panjang lagi tapi tangan tak rajin . Sorry sekali lagi . And aku nak cakap SELAMAT HARI RAYA . maaf zahir dan batin :D . okay lah sampai sinie je . assalamualaikum .

Nie lah dia .
( salah satu gambar yang aku curi )
:D

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua :D
kali nie aku nak buat tugasan yang cikgu aku bagi . Tugasannya pasal Alam Sekitar . Tapi aku nak cerita pasal langkah-langkah menjaga Alam Sekitar . korang baca tau . haha .
Okay , kita mulakan .


Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini makin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja  kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh itu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlu diambil.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen , radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau induvidu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkaan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.
Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan akan pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.


Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah besikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar.Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta  alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangnya alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar.
Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik di masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.

Okay , dah siap .Sampai sini je aku terangkan . Dah penat menaip . Haha , harap penerangan aku nie okay dan dapat diterima cikgu aku . Aminnnn ... 

Thank you so much Friend :D

Assalamualaikum , korang apa khabar ? Sihat ?  Alhamdulillah kalau sihat . Huhu , lama aku tak update blog . Tak ada masa lah and Malas . Haha . Okay perkara sebenar kenapa aku tak update sebab tak benda yang nak aku update . So , aku biarkan je lah . Haha , teruk betul aku nie ~ =,='
Back to topic , thank you so much friend :D Haha , hari jadi aku 2 minggu lepas . lama dah kan ? sekarang baru nak update . malas punya pasal . okay , aku nak ucap terima kasih dekat kawan aku yang bagi hadiah dekat aku dan yang wish dekat aku . nanti aku tunjukkan gambar hadiah yang kawan aku bagi . haha . ish aku nie , asik gelak je . apa yang kelakar nya aku pun tak tahu . malam malam otak mereng sikit . eh , bukan sikit , tak banyak dan tak sikit . apa benda lah kau merepek nie Husna oooiiii ~
okay okay dekat bawah nie gambarnya . . . . . . . . . .


 Nie orang pertama bagi hadiah ,
hadiah dari An-Nissa' Nurdini . . .

 Yang nie dari Isya . . .
tak de kerja bagi aku benda nie -,-' BTW aku bersyukur :D

Yang nie pulak dari Nurain Aqilah . . .

Tu je lah kut . haha . okay , BTW thanks sebab baca entry aku yang nie . tak apa apa tah entry aku nie . Haha . eh , sebelum tu , aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan :D semoga ramadhan kali ini diberkati oleh ALLAH . k bye , assalamualaikum .

Nothing Special

Assalamualaikum ,
Awak awak yang baca post nie , apa khabar ? sihat ? kalau sihat , alhamdulillah . kalau tak sihat makan ubat or pergi klinik . okay , dah lama saya tak post dekat blog nie. errmm , nak tahu sebab apa ?
1) Malas
2) Tak rajin
3) Nothing special
Sebab tu lah saya tak update blog nie . kawan kawan saya pun ada yang marah sebab tak update blog . hehe , sorry . okay , dah baca title ? Nothing Special . errmm , sebenarnya sekarang nie tak tahu nak taip apa . tapi , disebab kan hati nie sedih , taip lah jugak untuk hilang kan sedikit rasa sedih nie .
Nak tahu kenapa saya sedih ? meh , datang depan saya tanya kenapa saya sedih . nasib lah kalau saya tak jawab . haha . If you want to know , must know how to search secrets . ada faham ? :P
Okay , banyak masalah datang . kepala pening fikir kan masalah . dah satu , satu lagi datang . I not like to express my feelings to another person . but I would like to hear other people's problems . tak tahu lah kenapa . ini lah diri saya . i express my feeling at certain people .
Nak tahu siapa orang tertentu itu ? tak boleh tahu . because it is my secret . very secret . errmm , sedih memang lah sedih . tapi kita tak boleh terlalu ikut kan hati . nanti jadi masalah . kan ? kadang kadang sebab terlalu ikut kan hati lah , akan memboleh kan kita bergaduh dengan seseorang . cakap pasal gaduh nie , eerrmm .. saya nak tanya lah , apa faedah kita bergaduh dengan seseorang ? nobody perfect kan ? setiap manusia akan ada kekurangan dan melakukan kesilapan / kesalahan . tiada yang terkecuali melainkan ALLAH . right ?
Saya dah melalut banyak dah nie . haha , apa apa je lah . asal kan gembira . hoho .
Dear blog , thank you for willing to listen to expressions of my heart although some . rasa sedih saya dah kurang , although some . haha .
Okay , sampai disini sahaja . hope we meet again :D
Assalamualaikum .

Tabah lah KAWAN :)

Assalamualaikum :)
Korang apa khabar ? Sihat ? 
Aku dekat sini sihat , alhamdulillah .

Ermm . Sekarang nie aku tengah berTWEET dengan Cik Domo . Aku tak on fb sebab aku malas . Lagi pun tak de sorang pun nak tegur aku dekat fb tuh . =='
Sambil berTWEET dengan Cik Domo , aku bace lah ape ynag orang post . Tibe , aku bace post orang yang aku kenal . Korang nak tahu siapa ? Boleh jalan lah ... Korang tak boleh tahu . Haha , jahat doh aku . Okay , abaikan .

Aku memang tahu die banyak masalah . Tapi , aku sekarang dah tak banyak tolong die . Aku kadang kadang nak cuba jauhkan diri dari die . Tak tahu kenapa . Ermm .. aku pun sedih kalau teringatkan die . Kadang kadang sampai menangis . Huhuhuhu ...

Sekarang die selalu luah kan masalah die dekat orang lain . Bukan dekat aku dah . Hurmm ... Aku tak kesah . Tapi kadang kadang jeles jugak ouh ! Haha . Okay , aku gembira tengok die gembira . Bukan setakat gembira , aku bahagia and rase bersyukur sebab die dipertemukan dengan orang yang memahami die . *ayat tak boleh blah !*

Alhamdulillah , :) .
Walaupun aku dah jarang ade dekat sisi kau , tapi aku akan tetap sokong kau . Aku sentiasa ada bila kau perlukan :) Aku akan tolong kau selagi aku boleh bernafas :) Aku harap kau dengan kawan kau jadi BFF selamanya :) Aku takkan lupa kan kau .

Aku dah lari dari topik . Tapi tak pe . XD Haha .
Okay , aku nak kejutkan adik aku . Nak tengok cerita dekat TV3 . Haha .
Assalamualaikum :D

Assalamualaikum .. :)

Assalamualaikum , hai korang semua !
Haha , lama tak update . Tak tahu nak update ape . =='
Korang ape khabar ? Sihat ?
Aku dekat sini sihat , alhamdulillah .

Errmm .. Tak tahu nak post ape .
Tengah boring . Haha .

Alhamdulillah , masalah aku dah selesai sedikit .
Haha . :P
B A T A K lah aku !  #bakkatabudakclassmateaku .
Sekarang nie tengah tunggu waktu petang .
Haha . Pelik ah aku nie =='

Okay ar .. Nak buat pandai . :D
Haha , jumpa lagi .
Assalamuaaikum :)
Assalamualaikum :D
Lama tak update . Korang apa khabar ? Sihat ?
Husna sihat , alhamdulillah .
Ermm .. husna dah buat perubahan dekat blog nie . Semua nie atas bantuan cousin kesanyangan husna , Zana .
:) Terima kasih weyh !

Okay , title , *tak tulis title pun*
Haha , husna saje je memang tak nak tulis title .
Okay , gembira bercampur sedih . #bak kata nadiah# :D

Ermm .. gembira .
Gembira , gembira , gembira . Husna pun tak tahu gembira sebab ape hari nie .
Mungkin sebab kawan kut . :)
Ermm .. hari nie husna ada bagi something dekat classmate husna .
Sekarang nie kan husna tak berapa baik dengan sorang budak nie . Husna tak kesah lah die nak amik ke tak nak benda yang husna bagi untuk classmate husna tu .
Dua waktu sebelum rehat , kene turun pergi bilik seminar . Husna dah turun dengan kawan husna . Dah siap duduk dekat bilik tu . Tak lama kemudian , budak yang husna tak berapa baik nie datang dekat husna . First , terkejut jugak ar . Die bagi balik benda yang husna bagi dekat classmate husna yang lain . Die ade cakap something . Husna ingat lagi . Tapi husna tak nak bagi tahu . :D
Haha , terharu sebenarnya . Ye lah , dah lah lama tak tegur , tut tut die datang dekat husna bagi sendiri benda yang die tak nak tuh . Husna dah agak dah die tak nak terima . Sebab tu husna tak kesah . Tapi yang paling tak percaya die bagi sendiri . Tak suruh kawan lain yang tolong bagi kan . Haha .* Aku tahu kau tak suka dekat aku , kau benci lah aku , aku tak kesah . Asal kan kau bahagia . :)* #terima kasih weyh !#

Sedih , ermm ..
Tak suka cerita kalau bab sedih . Haha .
Husna tak nak lah cerita bab sedih . Biar lah husna tersenyum tengok die gembira , gelak tawa dengan kawan yang lain . Husna gembira tengok die macam nie sekarang . :)
Okay , husna doa kan agar kau dengan die jadi kawan baik , kongsi suka duka bersama . Lupa kan husna :)
Husna selalu buat die sedih . Sekarang nie husna akan cuba nak jauhkan diri dari die .
Walaupun husna pergi balik dengan die , tapi husna akan berdiam diri je .

Okay , sudah habis . Haha .
Tak best pun cerita nye . Husna tahu , :D
Husna nak buat kerja lain dulu lah .
Assalamualaikum , :D

Gembira + Sedih :(

Assalamualaikum .  :D
Korang apa khabar ? Husna sihat , alhamdulillah .
Sorry lah lama tak update . Busy sikit . :)

Dah baca tille ? "Gembira + Sedih "
Errmm ..
Sebenarnye Husna tak ada mood nak luahkan dekat sesiapa  ..
Tapi Husna nak luahkan dekat blog Husna yang tak berapa cantik ni :)

Gembira

Hari ni Husna ikut mak Zana pergi SMK Petaling .
Nak ambik majalah sekolah Zana . ( Hehe .. mengekor je tahu ye .. )
Sebelum sampai sekolah tu , Husna dah berdebar-debar . Kenapa ?
Sebab nanti jumpa geng / kawan Zana . Husna dah la tak pernah jumpa . =='
Kenal pun melalui FACEBOOK .

Bile dah sampai , Husna masuk lah sekolah tu .
Baru berapa langkah masuk Husna dah takut .
Tak tahu kenapa . ==' ( Pelik je kan ??? )
Mak Zana kene isi satu kertas . ( Ape isi nye Husna pun tak tahu . )
Lepas dah isi mak Zana nak pergi pejabat ( Kot )
Tapi Zana tak nak . Zana ajak Husna n kak Tini pergi jumpa kawan Zana .
Husna pun ikut je la .

Orang pertama Husna nampak ZYMA .
Haha .. Husna tengok Zyma comell sangat . <3
Dengan lesung pipit die . Auww .. <3
Dan die lah orang pertama yang tegur Husna dekat sekolah tu .

Lepas tu SHAHMINA pulak datang .
Husna tengok die lain dari gambar dalam FACEBOOK .
Cantik . :)

Lepas tu ikut Zana pergi kelas 2C .
Husna tak masuk sebab malu . Husna tunggu dekat luar kelas dengan Zyma n Shahmina .
Dah borak-borak sekejap ( Ada ke ??? ) , Husna , Zana , kak Tini n mak Zana pun balik .
Haish .. Sebenar ye panjang ceritanye .

Husna pendekkan .
Sebenarnye Husna gembira sebab dapat jumpa geng / kawan Zana .
Hehe ..
Lepas tu dapat beli barang yang dah lama Husna nak .
Ha .. tu je la yang buat Husna gambira .
Tak adalah seberapa sangat .
#peace yoww .

Sedih

Hari ni jugak Husna bernasib malang .
Dekat SMK Petaling , Husna HAMPIR terjatuh dua kali . :(
Pertama dekat dengan kelas 2C , depan Zyma n Shahmina .
Haish .. Buat malu betul time tu .

Kedua pulak dekat-dekat dengan kantin .
Eeerrrr .... ( Tak tahu nak taip ape lagi . )

Lepas tu malam ni ..
Husna baca die punye *tututtttt* ( Tak boleh bagi tahu . )
Haish .. Tak tahu macam mana nak taip .
Tapi sedih la . Sebab ape ?
Husna tak boleh bagi tahu .
#Sorrysangatsangat.#

Ha ...
Tu lah kisah nye .
Yang Sedih Husna tak boleh bagi tahu sangat .
#Sorryagain#

Okay lah . Husna nak tidur dulu .
Assalamualaikum ...
:D <3 :)

HAPPY BIRTHDAY ! :)

Assalamualaikum .
Hai korang semua . Sihat ? Husna sihat , alhamdulillah .
Ucapan HAPPY BIRTHDAY !


Hari ( 25/02/2012 ) hari jadi kawan Husna .
Nama die AN-NISSA' NURDINI BINTI SHAHARUDDIN .
Panjangkan nama die ?
Husna panggil die DINI . Seorang yang baik hati , faham Husna , pendiam , pandai dan banyak lagi . Husna suka berkawan dengan die .
Kite orang jarang bergaduh . Selalu jalan sama-sama dekat sekolah rendah .
Tapi bile naik sekolah menengah , kami dah tak rapat macam dulu . Tapi kami masih berkawan dan berhubung .
:) Apa-apa pun Husna nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN yang ke-14 .


Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki . :D .



Tak dapat nak letak gambar sebenar . :D .

Kawan / Cousin :)

Assalamualaikum .
Hai ,! Korang apa khabar ? Sihat ?
Husna sihat , alhamdulillah .


Sorry lame tak update .
MALAS melanda diri Husna .
Hehe .. :D . Back to topic .


KAWAN / COUSIN .
Errmm . Husna ada dua cerita yang melibatkan kawan dan cousin .
Pertama :


Kawan .
Korang mesti nak tahu siapa nama die kan ?
Tapi Husna tak nak bagi tahu . Kalau Husna rajin , Husna letak gambar die .
Hehe . :)
Macam ni ceritanye .
Minggu lepas , sejak hari Selasa (14/02/2012) , Husna tengok perangai die lain .
Lain , tak macam selalu . Kadang-2 Husna panggil die , die macam tak layan .
Errmm . Husna tak kesah , tapi Husna terkilan sedikit .
Husna jarang tegur die , tapi Husna selalu tengok die .
Husna pelik bile tengok perangai die lain . Sampai Husna cuba siasat kenapa perangai die lain . Kesian kawan Husna yang lain , kene jawab semua soalan Husna yang pelik-2 . Haha . Sorry ye korang .
Setiap hari Husna dengar kawan Husna mengadu pasal itu-ini dekat Husna .
0rang yang mengadu lain , tapi 0rang yang kene sama . Husna pun pelik . Salah sangat ke die dekat korang ? Haish !
Tut-tut hari ni die tulis dekat blog die . Die mengadu dekat blog die . Barulah Husna tahu kenapa perangai die lain minggu lepas . Huish ! Sedih jugak bile bace .
Hurmm . Nak terlibat rase bersalah . Tapi tak terlibat nanti kang makin menjadi-jadi .
Hish ! Tak tahu nak buat ape sekarang ni .
Tapi Husna nasihatkan lebih baik korang FACE TO FACE .
Dangan cara tu mungkin korang dapat menghilangkan rase tak puas hati korang . =.='
#Seoang yang suka sembunyikan perasaan .


Nie die kawan Husna . Sorry kalau aku buat kau marah .
----------------------------------------------------------------------------------
Kedua :

Cousin .
Cousin Husna ni baru pindah sekolah tahun ni . Dekat sekolah die tak adalah ramai kawan .
Ada jugak kawan , tapi kawan die semua tak faham die . Semua ikut pendirian sendiri . Kesian die .
Kalau die sedih tak ada siapa yang pujuk . Hurmm . Kesian die . Kalau Husna ada time die nangis . Dah lame Husna pujuk . Dah lah kawan lame die tak pecaye dekat die . Pastu cakap die sombong lah tu lah ni lah .
Hish ! Sakit hati Husna kalau bace . Nak je tumbuk-2 .! Erkk . Sabar je lah .
Die akan happy walaupun die tengah sedih .

Nie gambar die waktu tersenyum . :)

Rasa tidak berguna :(

Assalamualaikum .
Hai semua :) Korang apa khabar ?
Husna sihat , alhamdulillah .

Dah baca title ? RASA TIDAK BERGUNA .
0kay , Husna rasa Husna dah tak berguna . Sebab kawan sendiri sakit Husna tak tahu .
Husna rasa bersalah . Bersalah sangat !
Husna sedih . Husna cuba tahan air mata supaya tak keluar . Tapi die keluar jugak . :'(

Husna sebernanya tak suka sangat jadi penolong ketua kelas .
Tapi disebabkan Husna dah dilantik , Husna terpaksalah jadi .
Kalau waktu perhimpunan , Husna mesti kene depan sekali . Husna tak suka duduk depan . Tapi terpaksa .
Husna nak duduk dekat belakang macam orang lain . Tapi tak dapat . :(

Back to topic .
Hari Jumaat minggu lepas . Kawan Husna sakit . Tapi Husna tak tahu sebab hari tuh Husna tak rapat dengan die . Husna dapat tahu hari ni . Tu pun dari blog die . Husna sedih . Tersangat sedih . :(
Kalaulah hari Jumaat tu Husna dapat duduk belakang mesti Husna dapat tahu kan ? Ni tak .


0kay , tadi baru menangis atas katil . Tak dapat tahan sangat .
Rasa menyesal .! Ni juga satu dugaan yang ALLAH beri . Husna redha .
Perasaan sedih melanda diri Husna . :'(

Maulidur Rasul :)

Assalamualikum .
Hai korang !
Haha , Sihat ?
Husna sihat alhamdulillah .


0kay , MAULIDUR RASUL .
Esok , sekolah ada program Maulidur Rasul .
Husna tak tahu nak pergi ke tak .
Sebab tak ada geng . Hurmm . =='


Lagi pun banyak kerja sekolah yang Husna tak siap .
Sebab Husna tangguhkan .
Hish ! Apa nak jadi ni .
So , sekarang Husna tengah pikir nak pergi ke tak .


=='

Seni :)

Assalamualaikum .
Haha . Update blog lagi .
Tak ada kerja .


0kay , S E N I .
Korang suka tak buat seni ?
Sebelum ni Husna tak suka buat seni .
Tak tahu kenapa .


Tapi tahun ni Husna rasa semangat nak buat seni .
Macam ayat tadi , 'Tak tahu kenapa' .
Haha .


0kay la , Assalamualaikum . =='

Rajin :)

Assalamualaikum .
Korang apa khabar ? Sihat ?
Dah lama Husna tak update blog . Hehe .
Maklumlah , dah sekolah . Mana sempat nak update .


0kay , tengok title dekat atas tuh .
R A J I N .
Haha . Sebernanya ni salah satu azam baru Husna .
Husna dulu tak lah rajin sangat .
Kalau duduk rumah asik nak goyang kaki je . =='
Nampak sangat Husna ni Pemalas .
Sekarang adalah sikit-sikit sifat M tu .
----------------------------------------------------------------------------------
Cuti 4 hari je , kerja sekolah berlambak .
Huh ~ 
Nasib baik dah siap . Esok sekolah .
Malas la nak sekolah .
Dah la tak gosok baju lagi . Erkk !


0kay la . Husna nak tengok TV3 .
Cerita VANILACOKLAT .
Hehe . :D
Assalamualaikum . :)